THE KEMBARA

education game-kids learning game-math game-science game-game untuk budak-game untuk kanak-kanak-game mobile untuk anak-adventure education game-adventure learning game-adventure games for kids

Video Games, Manfaatnya Untuk Pendidikan

Pada era digitalisasi ini, video games bukan hanya sekadar hiburan semata-mata. Di sebalik grafik yang menakjubkan dan penceritaan yang mendalam, terdapat potensi besar terselitnya elemen pendidikan di dalamnya.

Jadi tidak menjadi masalah jika wujudnya video games yang fokus utamanya adalah pendidikan. Terutama games yang memiliki elemen game-based learning. Games begini mengajar kita dan bukan sekadar satu bentuk hiburan.

Dalam artikel ini, kita akan menjelajahi bagaimana video games dapat menjadi alat yang efektif dalam meningkatkan pendidikan. Kita akan meneroka apakah kebaikannya video games kepada pelajar apabila dibenarkan bermain secara sederhana.

Manfaat Dalam Pelajaran

Sebenarnya, apabila anak bermain video games kurang sejam akan mempunyai emosi yang lebih stabil berbanding bermain lebih 3 jam yang akan mendatangkan masalah sosial.

Kuncinya adalah bersederhana dan selain kestabilan sosial, ada lagi perkara positif lain yang boleh pelajar, anak dan kita sendiri dapat daripada bermain video games.

i. Tindak balas menjadi pantas: Bermakna, kemahiran menyelesaikan masalah meningkat apabila dikemukakan masalah yang mesti diselesaikan dalam masa yang ditetapkan.

ii. Menggalakkan teamwork: Multiplayer games dapat meningkatkan kemahiran untuk kerja berpasukan dalam penyelesaian masalah. Sebab multiplayer memerlukan semua pemainnya bekerjasama.

iii. Merangsang kreativiti, tumpuan dan ingatan visual: Aspek ini dirangsang apabila disajikan dengan matlamat yang memerlukan tumpuan, imaginasi dan mengingati butiran seperti game hidden item atau memory based game.

iv. Membina Kepimpinan & Strategi: Pemain diletakkan pada posisi kuasa yang mengajar penyelesaian pertikaian, interaksi dengan pemain lain dan tanggungjawab dalam membuat keputusan.

v. Kemahiran Bahasa: Bahasa boleh dipelajari melalui arahan pada skrin, chat dengan pemain lain untuk komunikasi dan penceritaan game itu sendiri.
.
.
Meskipun video games memiliki potensi dalam pendidikan, penting untuk memilih game yang sesuai dengan usia dan tujuan pembelajaran. Selain itu, pengawasan orang tua

Sebab itu kami mencadangkan untuk anda mencuba game keluaran kami yang berjudul The Kembara Math dimana anak boleh seronok belajar dan ibu bapa boleh turut sama mengajar.

Download Kembara Math di:

Appstore: https://apps.apple.com/us/app/kembara-math-adventure-game/id1631080872
Playstore: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.raxbit.kembaramath

Share this content

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *