Boleh dikatakan semua orang termasuk kanak-kanak sudah mempunyai peranti pintar dan tablet kerana sudah menjadi kemudahan yang sangat popular pada masa sekarang. Tentunya kita sebagai ibu bapa tidak ingin anak-anak kita terpengaruh dengan content yang tidak bermanfaat melalui peranti pintar ini.
Jadi perlu kita ambil inisiatif untuk membekalkan anak dengan video games yang seronok dan bermanfaat. Ini adalah antara video games sambil belajar yang ibu bapa boleh install kepada anak-anak lebih-lebih lagi sewaktu proses pembesaran mereka.
No.1 Scribblenauts
Siri ini mencabar pemain untuk menyelesaikan teka-teki yang rumit dengan “summon” apa sahaja melalui typing untuk membantu kita mencapai matlamat.
Pemain yang lebih muda lebih suka bermain semula level, mencari cara yang berbeza untuk menyelesaikan cabaran untuk mendapatkan bintang yang tersembunyi.
Pemain yang lebih tua kadangkala cuba memperdayakan sistem dengan mencipta perkara yang pelik untuk melengkapkan setiap peringkat.
No2. Play and Learn Science
Ilmu asas sains dan eksperimen yang dipelajari di sekolah boleh dipelajari di Aplikasi Play and Learn Science ini selain ia mengandungi animasi dan gambaran yang berwarna-warni untuk kanak-kanak.
Antara topik saintifik yang disediakan ialah sains dunia, sains fizikal, sains persekitaran dan sains kehidupan. Aplikasi yang memberikan pendedahan dunia nyata ini membolehkan pemain akan timbul sifat ingin tahu yang tinggi dan meningkatkan IQ yang tinggi.
No.3. Minecraft
Sandbox Game berasaskan web ini membolehkan pemain mencipta hampir apa sahaja yang mereka inginkan, cuma perlu bijak menahan pencerobohan makhluk malam dalam game ini.
Pendidik profesional juga telah menghasilkan mods, plug-ins dan kursus Minecraft mereka sendiri termasuk gambaran lokasi bersejarah untuk membantu murid meningkatkan kebolehan visualisasi.
Game ini mengajar kita cara memperoleh sumber dan menguruskannya untuk membina. Ini membolehkan kanak-kanak belajar tentang ekonomi dan pengendalian sumber.
No4. Kembara Math – Adventure Games
Sebuah Mobile Game berasaskan kuiz matematik dan pengembaraan animasi digital yang dibangunkan oleh RAXBIT.
Memaparkan kisah Faridz & Lisza dalam dunia misteri untuk menyelamatkan kawan-kawannya dari genggaman raksasa. Pemain harus mengharungi 10 level yang mempunyai setiap topik Matematik dan lokasi pengembaraan yang berbeza.
Mengandungi watak-watak animasi yang boleh dipilih serta ditambah unsur gamifikasi seperti mengumpul pingat dan coin. Tunggu apa lagi, selarikan minat anak-anak dengan bermain sambil belajar Matematik.
Jadi, jika kita sebagai ibu bapa rasa pilihan video games pembelajaran diatas sesuai untuk anak-anak, apa tunggu lagi, muat turun sekarang di Playstore dan Appstore.
Link dibawah untuk game keluaran kami, Kembara Math – Adventure Games
Download Kembara Math di:
Appstore: https://apps.apple.com/us/app/kembara-math-adventure-game/id1631080872
Playstore: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.raxbit.kembaramath